sayangsss ❤

Thursday, 24 January 2013

MAULIDUR RASUL 1434H




Assalamualaikum wbt :)




hari ni sempena maulidur rasul 1434H, jom kita kenal Nabi kita ! :) hari ni serba sedikit nak cerita pasal Nabi Muhammad SAW junjungan yg Mulia juga dikenali sebagai Kekasih ALLAH. 

okay, ni hanya "copy paste" tau.. namun, harap-harap dapat membantu kawan-kawan.. indahnya sejarah Baginda :)


Bismillahirrahmanirrahim....


BIODATA RASULULLAH SAW
 
· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
 
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali
 sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah) 
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
 
· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
 
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
 
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
 perempuan bapa Rasulullah SAW) 
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
 
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali
 Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


USIA 5 TAHUN 
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
 malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di 
dalamnya.


USIA 6 TAHUN
 
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’
 (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) 
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
 dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
 
· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
 
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
 
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
 perniagaan. 
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
 (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
 
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,
 jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi
 pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
 
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
 binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
 
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
 yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
 
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
 
· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
 Mekah. 
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke
 tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
 
· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
 akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
 
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
 Bakar Al-Siddiq. 
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
 
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
 
§ Khadijah Binti Khuwailid
 
§ Saudah Binti Zam’ah
 
§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
 
§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
 
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
 
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
 
§ Zainab Binti Jahsy
 
§ Maimunah Binti Harith
 
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
 
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
 
1. Qasim
 
2. Abdullah
 
3. Ibrahim
 
4. Zainab
 
5. Ruqaiyah
 
6. Ummi Kalthum
 
7. Fatimah Al-Zahra’


ANAK TIRI RASULULLAH SAW
 
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
 Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW


IBU SUSUAN


SAUDARA SUSUAN
 
1.. Thuwaibah
 
1. Hamzah
 
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
 
1. Halimah Al-Saidiyyah
 
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
 
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
 
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
 
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
 
1. Al-Harith
 
2. Muqawwam
 
3. Zubair
 
4. Hamzah ***
 
5. Al-’Abbas ***
 
6. Abu Talib
 
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
 
8. Abdul Ka’bah
 
9. Hijl
 
10. Dhirar
 
11. Umaimah
 
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
 
13.. ‘Atiqah ##
 
14. Arwa ##
 
15. Umaimah
 
16. Barrah
 
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***


*** Sempat masuk Islam.
 
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.
 

Sabda Rasulullah SAW:
 
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
 aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )





Alhamdulillah, dah tahu kan semuanya? :) Cik Bib pon baru balik dari rumah tok ni. best tau ! sementara tunggu nak balik mak dengan tok letak makanan dalam bekas, kami sanak saudara dengar ceramah pasal Nabi. Alhamdulillah sekali lagi.. rumah tok Cik Bib betul-betul belakang surau Kg Kubang Tangga. 

So, kalau ade pape, senang jela cik Bib & keluarga pergi ke surau & dengar dari rumah pon boleh.. ^_^

okay, setakat ni saja #SalamMaulidurRasul 1434H :)





balik dari rumah tok :) *_*





  semua yang tak menyenangkan jangan simpan dlm hati tau, nanti boleh jadi Sakit Hati. kalau sakit, takde doktor yg pandai ubatkan melainkan kamu pegi ambil wudhuk sendiri and terus mengaji or solat sunat pape yang patut supaya hati kita tak kotor dengan "dengki+jeles" dengan orang je.. hee.. Peace! :)


No comments:

Post a Comment