sayangsss ❤

Sunday, 2 September 2012

cover your anger, Comel :)



Assalamualaikum wbt :)


selamat pagi,  vanoziass! apa khabar? sihat tak hari ni? Cik Bib Alhamdulillah..sihat-sihat aje :D harap2 sume orang pn sntiasa dalam lindungan rahmatNya :)
haa, klau sape sekarang ni “badmood”, suka marah2,  tetibe nak marahje kan, elok sangat laa baca yg ni..  sebabnya, hari ni ingat nak sentuh sikit pasal ‘C ara Mengawal Marah’.. konfem semua orang penah alami ni kan? Cik Bib pn sama.. sebab tuu laa Cik Bib rasa ptut share kan benda ni.. bukan apa, boleh manfaat utk kita brsama jugak ^_^

kalau pasal marah sahaja pon, ada banyak hadis yg mnyentuh pasalnya.. Ianya brtujuan utk kita mengawal kemarahan tersebut dgn sebaiknya bagi mngelakkan sebarang pergaduhan besar & penceraian yg serius.. utk pengetahuan semua juga, marah ni sbnrnya normal dan sihat.. tetapi, setelah tidak dapat dikawal dengan baik, secara tdak langsung emosi kita akan mmbuat masalah.. Sesungguhnya, marah itu bukanlah sebaik-baik penyelesaian.. antara salah satu hadis yg mnyebut tentang marah adalah;

عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ليس الشديد بالصرعة إنما الشديد الذى يملك نفسه عند الغضب  رواه البخارى ومسلم )
Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim





antara cara2 yang boleh kita gunakan ;



1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring. (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - 
Rasulullah s.a.w bersabda: Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri 
ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.


6. Meluahkan perasaan 
dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat
elakkan      daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang 
seperti menarik nafas.

10. Senyum 
kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

 menahan diri daripada marah sbnarnya adlh sifat yg baik & sangat terpuji di sisi ALLAH.. sebab itulah jugak ALLAH ada menyebut dlm kitabNya, Al-Quran tentang orang yg menahan diri drpd marah

Sabda Rasulullah SAW “
 Sesiapa yang menahan Marah, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya, Nescaya ALLAH akan memenuhkan hatinya pada hari Qiamat dengan keamanan dan keimanan. ” (Hadis riwayat Abu daud)




sekian dahulu utk hari ni.. harap2 dpat mmbantu :) kalau ada salah & silap, harap tlg betulkan mana-mana yg patut..terima kasih :D 

No comments:

Post a Comment